HUKUM MEMBERIKAN DUIT RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa konsep memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat, serta kanak-kanak pada 1 Syawal adalah menepati perbuatan sedekah di dalam Islam. Bahkan perbuatan sedekah kepada ibubapa termasuk di antara ibadah yang sangat menguntungkan kerana ia menghasilkan tiga bentuk pahala amalan soleh iaitu birrul walidain (berbuat baik kepada dua ibubapa), mengeratkan silaturahim, serta pahala bersedekah itu sendiri.

Demikianlah juga jika ia diberikan kepada kaum kerabat, sanak saudara dan umpamanya. Ia turut mendapat dua pahala iaitu pahala bersedekah dan juga pahala menghubungkan silaturahim.  Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sa’d bin Abi Waqqas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‎إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ

Maksudnya : Sesungguhnya kamu tidaklah membelanjakan nafkah yang kamu harapkan redha Allah dengannya (nafkah tersebut) melainkan kamu akan diberikan ganjaran ke atasnya, sekalipun jua nafkah yang kamu jadikannya di dalam mulut isteri kamu.

Riwayat Al-Bukhari (56)

Sumber: Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut