LEMBAGA TABUNG HAJI MENYERAHKAN ZAKAT BAGI TAHUN 2021 & SUMBANGAN UNTUK PROGRAM EHSAN WPKL TH BAGI TAHUN 2022

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji telah menyerahkan zakat berjumlah RM9,092,024.36 bagi tahun kewangan berakhir 2021 kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP dalam satu majlis yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Merak Kayangan, Felda D`Saji, Kuala Lumpur.
Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dato’ Sri Amrin Awaluddin menyerahkan pembayaran zakat TH kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.
Pada majlis ini, TH turut menyerahkan sumbangan bagi Program Ehsan TH Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun 2022 berjumlah RM150,000 kepada 150 orang asnaf terpilih.
Semoga zakat ini dapat memberi manfaat dan membantu dalam meningkatkan tahap ekonomi golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur .
Sumber: FB Lembaga Tabung Haji https://www.facebook.com/TabungHaji

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut