KWP DAN DBKL SENTIASA BERUSAHA ATASI MASALAH BANJIR KILAT DI IBU NEGARA

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sentiasa berusaha melakukan beberapa langkah jangka masa pendek, sederhana dan panjang untuk mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di ibu negara

Dalam kenyataan di dalam laman facebook rasmi Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri Jalaluddin Alias menyatakan bahawa hasil yang optimum dan paling berkesan untuk mengatasi masalah tersebut adalah pada plan jangka masa panjang. Namun, menurutnya perkara tersebut memerlukan kesabaran untuk melihat kejayaan plan jangka masa panjang berjaya menyelesaikan isu banjir kilat Kuala Lumpur.

Namun, respon kepada aduan orang awam yang diterima oleh beliau dan pihak kementerian serta DBKL,  seramai 800 orang sukarelawan DBKL dan KWP telah turun ke beberapa kawasan berisiko tinggi mengalami banjir kilat bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan mengenalpasti punca berlaku air bertakung, sebelum langkah seterusnya diambil segera.

Semoga kita dapat mengatasi masalah banjir kilat di Kuala Lumpur ini dalam masa terdekat, InsyaAllah.

 

SUMBER: FB JALALUDDIN ALIAS https://www.facebook.com/jalaluddinaliasofficial

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut