20% SAHAJA ANGGOTA BOMBA PULAU PINANG DIBENARKAN BERCUTI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, hanya 20 peratus atau seramai 670 orang pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dibenarkan bercuti. Manakala 80 peratus pegawai dan anggota akan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang bencana pada musim perayaan ini.

Menurutnya, walaupun diberi kebenaran bercuti, namun kesemua pegawai dan anggota terbabit bersedia untuk dipanggil kembali bertugas sekiranya terdapat keperluan yang mendesak.

Sementara itu, persatuan bomba sukarela dan bomba komuniti juga telah memberi jaminan akan menghulurkan bantuan jika berlaku sebarang bencana khususnya kebakaran. JBPM Negeri Pulau Pinang turut memaklumkan kempen keselamatan dan pencegahan kebakaran kali ini turut memfokuskan tiga aspek atau keperluan penting termasuk keselamatan jalan raya dan keselamatan di air.

Katanya, pihak BOMBA juga akan memperluaskan lagi skop tindakan kecemasan dengan memberikan perhatian serius terhadap keadaan cuaca yang ‘ekstrem’ ketika ini. PGO juga sentiasa peka terhadap kawasan ‘hotspot’ banjir agar tindakan pantas serta tersusun boleh diambil bagi mengelakkan kemalangan jiwa berlaku.

 

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut