MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PELANTIKAN PEGAWAI KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

 

PENGKALAN CHEPA – Seramai 61 orang pelatih terdiri daripada siswa dan siswi telah berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang dan menerima Sijil Pelantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis setelah menjalani latihan asas sukarelawan simpanan polis siswa/siswi (SUKSIS) selama tiga tahun dengan mengikuti silibus yang telah ditetapkan bagi pengambilan sesi pengajian tahun 2017.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Shafien bin Mamat telah menyempurnakan Majlis Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) di Dewan Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan dengan penuh istiadat kepolisan.
Dua Pelatih telah menerima anugerah pelatih terbaik iaitu KS Busyra binti Burhan Kategori Anugerah Pelatih

Terbaik (Latihan Luar) dan KS Mohamad Adam bin Mohd Afandi Kategori Anugerah Pelatih
Terbaik Keseluruhan.
Tahniah diucapkan kepada semua yang telah ditauliahkan dan semoga siswa dan siswi Kor SUKSIS UMK Kelantan terus berjaya dan cemerlang di masa hadapan.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut