DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Ops Khas Kontena dan pelbagai kesalahan teknikal di sekitar Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang pada 24 April 2022 (Rabu).
Tujuan Operasi ini adalah bagi memastikan semua pemandu dan pengusaha Kenderaan Perhidmatan Barangan (KPB) khususnya lori kontena mematuhi peraturan dan undang-undang serta Kaedah-kaedah Pembinaan dan Penggunaan 1959 serta kenderaan selamat digunakan di jalan raya. Operasi ini memberi fokus utama terhadap penggelenggaraan โtwist lockโ, penggunaan tayar celup yang tidak menepati kelulusan sirim, lampu brek dan lain-lain kesalahan teknikal serta kesalahan pelesenan memandu, pelesenan kenderaan dan juga kesalahan-kesalahan lalu lintas.