OP SAMSENG JALANAN OLEH IPD BARAT DAYA, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Barat Daya, 25 April 2022 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Barat Daya telah mengadakan satu operasi ‘OP Samseng Jalanan’ pada 24 April (Ahad) yang bermula jam 11 malam hingga 7 pagi tadi diketuai (1) Pegawai dan (6) anggota di Kawasan Bayan Baru- Lebuhraya Tun Dr Lim Cheung Eu.

Hasil pemerhatian mendapati terdapat kumpulan motosikal yang menunggang secara menduga kelajuan dan beraksi membongkokkan badan yang jelas berbahaya kepada diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Hasil operasi tersebut, (1) lelaki telah ditahan dibawah sek 42 APJ 1987 dan sebuah motorsikal telah disita serta beberapa keping saman telah dikeluarkan atas lain-lain kesalahan.

Dalam operasi ini juga telah mengesan (1) lelaki menunggang motorsikal yang tiada nombor pendaftaran hadapan serta belakang dan ditahan dibawah sek 108 APJ 1987. Hasil pemeriksaan keatas motorsikal tersebut, nombor chasis enjin juga telah dirosakan. Kedua-dua penunggang dan motorsikal telah ditahan di Balai Trafik Bayan Lepas Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

BSPTD Barat Daya akan sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan setiap masa terutama pada minggu bagi mengekang aktiviti samseng jalanan ini.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut