MAJLIS IFTAR PERDANA MERAIKAN PESARA, ANAK YATIM DAN ANAK ISTIMEWA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) KELANTAN

 

IPK Kelantan – Bertempat di Dewan Dewan Dato’ Dr. Ab. Rahman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah diadakan Majlis Iftar Perdana meraikan Pesara Polis, Anak Yatim dan Anak Istimewa serta warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan bersama Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Shafien bin Mamat.
Seramai (14) empat belas Pesara Polis, (46) empat puluh enam Anak Yatim, (15) lima belas Anak Istimewa dan (05) warga PDRM yang kurang upaya daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diraikan dan menerima sumbangan daripada Ketua Polis Kelantan.
Terlebih dahulu penyampaian sumbangan kepada Anak-Anak Yatim PDRM Kontinjen Kelantan dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Kelantan oleh Pengurus Negeri YaPEIM, Encik Nik Mohd Nurul Ihsan bin Salleh melalui Ketua Polis Kelantan berbentuk Mock Cheque replika sebagai gimik penyerahan.
Ramadhan merupakan bulan penuh berkah, memiliki berbagai keistimewaan dan berbeza dari bulan-bulan lainnya, akan rugi kalau Ramadhan berlalu begitu saja. Pada bulan Ramadan ramai dikalangan umat Islam yang berlumba-lumba untuk melakukan amalan sedekah. Ini kerana sedekah merupakan amalan kebajikan yang sangat besar di sisi Allah.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut