BENGKEL PEMURNIAN KAEDAH CERAPAN HILAL DAN TEKNIK KALIBRASI PERALATAN

KUALA LUMPUR – Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah melaksanakan Bengkel Pemurnian Kaedah Cerapan Hilal dan Teknik Kalibrasi Peralatan yang bertempat di Perkarangan Parkir Masjid Negara pada 22 April 2022.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh Sr. Mazlan Bin Zainol serta pegawai daripada Pejabat Topografi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Program ini disertai oleh kakitangan Unit Falak PMWP dan pegawai Seksyen Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pegawai yang terlibat dalam pengendalian peralatan ukur dalam membuat kalibrasi peralatan ukur sebagai persiapan cerapan hilal Syawal dan pengukuran kiblat di Wilayah Persekutuan.

 

SUMBER: FB PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUANΒ  https://www.facebook.com/muftiWilayahPersekutuan

Artikel/Berita Terkini

KILANG TEMPATKAN 73 PEKERJA ASING DALAM KONTENA TANPA KELULUSAN

Sebuah kilang di kawasan perindustrian Arab Malaysian Nilai di sini dikesan gagal mematuhi standard penginapan pekerja apabila menempatkan 73 pekerja …
Maklumat Lanjut

π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ ππ„ππ†π”π€π“πŠπ”π€π’π€π€π πŠππƒπ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut