RONDAAN, PEMANTAUAN, PENCEGAHAN ALAM SEKITAR DAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS CAWANGAN BAYAN LEPAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Pada 19 April yang lepas, rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran telah dijalankan di kawasan Perindustrian Bayan Lepas Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang.  Didapati tiada pencemaran alam sekitar dan pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis.

Pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka di kawasan perumahan dan komersial telah dijalankan di sekitar Kampung Naran, Batu Maung, Pematang Damar Laut, Kampung Binjai, Kampung Seronok, Teluk Kumbar, Gertak Sanggul, Pulau Betung, Balik Pulau, Relau, Paya Terubong, Ayer Itam, Farlim, Georgetown, Pengkalan Weld, Jelutong, Gelugor, Batu Uban, Queensbay dan Pantai Jerejak, mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan.

 

Orang awam adalah diingatkan kesalahan pembakaran terbuka akan terus diambil tindakan kompaun. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

Artikel/Berita Terkini

NGO, PENCINTA HAIWAN BOLEH BELA ANJING LIAR JIKA TAK MAHU LUPUS – AMINUDDIN

Badan bukan kerajaan (NGO) dan pencinta haiwan yang membantah kaedah pelupusan anjing liar di Negeri Sembilan digesa mengambil pendekatan lebih …
Maklumat Lanjut

PERKAMPUNGAN VETERAN ATM PAROI MANFAAT 17,000 PESARA JANA PENDAPATAN

Pusat Perniagaan Paroi akan dijadikan perkampungan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berfungsi sebagai pusat aktiviti penjajaan, ekonomi dan sosial …
Maklumat Lanjut

MELAKA MOHON BINA 10 NADI BAHARU

Kesidang- Kerajaan Negeri sudah memohon kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mewujudkan 10 buah lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional …
Maklumat Lanjut