OPERASI BERSEPADU MBPP BERSAMA PDRM DALAM PEMANTAUAN AKTIVITI RIADAH SKUTER ELEKTRIK DI KAWASAN GEORGE TOWN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada 18 April 2022, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kerjasama bersepadu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan operasi di kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dengan tujuan untuk memastikan jalanraya adalah selamat untuk semua pengguna jalan raya.

Pada masa ini, e-skuter adalah dilarang di atas jalan raya dan ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kebiasaannya, e-skuter yang bersifat mikro mobiliti hanya digunakan di atas siar kaki awam atau satu kawasan yang diasingkan dari jalan raya.

MBPP memaklumkan, pihaknya tidak mengeluarkan sebarang lesen kepada pengendali dan pemantauan aktiviti e-skuter akan giat dijalankan demi keselamatan orang awam. Pada masa yang sama, menerusi operasi bersepadu ini, nasihat turut diberikan kepada orang awam supaya tidak menyewa dan menaiki e-skuter di atas jalan raya dan penggunaan e-skuter adalah di atas tanggungjawab sendiri.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut