SELANGKAH KE IPT BERSAMA PELAJAR LEPASAN SPM DARUL KIFAYAH MAIWP

Seramai 30 pelajar Darul Kifayah MAIWP lepasan SPM telah mengikuti program Selangkah Ke IPT yang mana Pusat Latihan & Konsultasi, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur(KPBKL) telah dipertanggungjawab oleh Darul Kifayah MAIWP untuk menjalankan program ini.

Program kolaborasi dan kerjasama bersama institusi pengajian tinggi ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan awal yang jelas mengenai hala tuju mereka selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah.

Pada program yang diadakan selama 10 hari ini, para pelajar turut didedahkan mengenai cara penyediaan makanan dan juadah berbuka puasa di dapur Rumah Prihatin @ Grand Seasons yang dipimpin oleh Pengurus Kulinari Rumah Prihatin / Chef Pulse Grande Hotel iaitu Chef Hasnadawati.

Beberapa pelajar turut ditemui untuk berkongsi mengenai aktiviti yang dijalankan dan rata-rata berkongsi perasaan gembira kerana dapat menyediakan juadah dan berbuka puasa di hotel terkemuka yang sebelum ini dikenali sebagai Grand Seasons Hotel.

Para pelajar turut berpeluang berbuka puasa bersama Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar(Dr Mohd Daud Bakar – Shariah Minds – Minda Syariah), Pengerusi MAIWP dan dihidangkan dengan pelbagai juadah hasil air tangan mereka sendiri.

Turut hadir Dato Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah, Pengarah Eksekutif Rumah Prihatin dan Dr. Yusri Mohamad, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd.

#keluargamaiwp #maiwpprihatin

Sumber: FB Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan https://www.facebook.com/maiwphq

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut