DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah menjalankan aktiviti Pemeriksaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa Peralihan Ke Endemik, Ops Pantau 2022, Pemeriksaan Tanda Harga dan Timbang Sukat serta Siasatan Aduan pada 14 April 2022 di kawasan sekitar Alma, Kubang Semang, Seberang Perai Tengah.
Aktiviti pemeriksaan tersebut melibatkan tujuh (7) buah premis dan dilaksanakan oleh tiga (3) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang. Satu (1) tindakan kes dihasilkan dibawah Akta Timbang Sukat 1972.
Sumber : Laman FB KPDNHEP Pulau Pinang