SEORANG LELAKI TEMPATAN DITAHAN BERURUSAN TANPA DOKUMEN SAH MINYAK DIESEL DISYAKI CUBAAN SELUDUP BERJAYA DIPATAHKAN

 

TUMPAT : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Operasi Bersepadu KPDNHEP bersama Pasukan Gerakan Am Batalion 9 dan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor, Tumpat semalam.
Sitaan dan rampasan barangan kawalan minyak diesel anggaran sejumlah 113 liter dengan nilai sitaan anggaran sebanyak RM 231.65 dan jumlah keseluruhan rampasan kenderaan anggaran RM 100,000.00 setiap sebuah, keseluruhan rampasan dengan anggaran sebanyak RM 200,231.65.
Siasatan lanjut akan dijalankan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 berdasarkan sitaan dan pengakuan saspek serta beberapa orang lagi yang sempat melarikan diri bersama tong-tong dipercayai diisi minyak petrol dari lori tersebut juga dipercayai telah dijual kepada penyeludup warga asing semasa pemerhatian pasukan operasi.
Kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara sentiasa dijalankan dari masa ke semasa.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut