NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)
Seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun telah didakwa di bawah Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang pada 13 April 2022 kerana telah memukul isterinya menyebabkan mangsa mengalami kecederaan. Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500.
Sumber: Facebook IPD Timur Laut.