WARGA THAI DICEKUP LEPAS SEJAM AMIK BEKALAN PIL KUDA

 

RANTAU PANJANG – Baru sejam menerima bekalan 39,000 pil kuda dari Thailand, seorang lelaki warga negara itu ditahan polis di tepi Masjid Ar Raudhah Mukim Lubok Gong, Rantau Panjang, di sini, pada Isnin.

Suspek berusia 35 tahun ditahan dalam serbuan Op Tapis oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan pada jam 6.30 petang.

Pemeriksaan ke atas beg plastik lutsinar yang dirampas menjumpai pil dipercayai dadah berjumlah 36,000 biji yang dianggarkan bernilai RM360,000.

Hasil soal siasat, suspek mengaku kesemua dadah tersebut adalah miliknya yang didapati daripada seorang lelaki warga Thailand dipanggil ‘Abe’ di Kampung Bukit Tambon Narathiwat, Thailand.

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut