MAJLIS APRESIASI PASUKAN SUKARELAWAN KWP

Sekitar Program Nur Ramadan bersama Sukarelawan Misi Bantuan Banjir KWP dan Agensi yang dihadiri oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan dan isteri, YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan isteri bersama YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan.

Majlis Apresiasi ini adalah tanda penghargaan kepada 1,496 orang sukarelawan di atas sumbangan dan pengorbanan mereka dalam misi menyelamat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas akibat banjir kilat pada 18 Disember 2021 hingga 9 Januari 2022 yang lalu.

Berjiwa besar, berlapang dada dan bersemangat kesukarelawanan! Itulah prinsip Pasukan Sukarelawan KWP dan Agensi yang tidak mengira tenaga untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam Misi Bantuan Banjir yang dilaksanakan hujung tahun lalu. Majlis apresiasi yang dianjurkan pada malam ini adalah untuk menghargai semangat kesukarelawanan ini yang tidak mengira lokaliti, kerana warga Wilayah Persekutuan ada untuk semua, kita satu Keluarga Malaysia.

SUMBER: FB KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/KemWP

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut