LELAKI LARI DALAM SEMAK, TINGGAL KERETA PENUH MERCUN

 

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki meninggalkan sebuah kereta dipenuhi pelbagai jenis mercun di tepi jalan Kampung Padang Licin di sini, sebelum lari ke dalam semak, kira-kira jam 7.15 petang, pada Isnin.

Polis terserempak dengan kenderaan itu yang dilihat mencurigakan di Simpang Padang Licing menghala Ke Pasir Mas lalu mengarahkan pemandu kereta tersebut untuk berhenti, tetapi lelaki itu bertindak memecut laju sejauh lima kilometer sebelum berhenti di jalan Rantau Panjang.

Suspek keluar dari kereta dan terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran. Pemeriksaan dalam kereta menjumpai beberapa kotak mengandungi pelbagai jenis mercun bernilai RM22,680. Semua mercun tersebut dirampas dan kenderaan dianggarkan bernilai RM10,000 itu juga dibawa ke IPD Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan Dan Kakisan 1957.

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut