AGIHAN 2 RIBU MANGKUK BUBUR LAMBUK PUPUK AMALAN BERSEDEKAH

 

RANTAU PANJANG – Bagi memupuk dan menggalakkan amalan bersedekah serta berkongsi rezeki pada bulan Ramadan, Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Dato’ Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff mengambil inisiatif bersama penduduk setempat dengan mengadakan gotong royong bagi menyediaan bubur lambuk sebagai tambahan juadah berbuka puasa bertempat di Masjid Beijing, Ahad lepas.
Lebih dua ribu mangkuk bubur lambuk diedarkan kepada penduduk sekitar termasuk juga pengunjung yang datang ke Masjid Beijing.
Antara pengisian yang turut diadakan di masjid tersebut ialah saringan kesihatan, pameran di kaunter perkhidmatan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri Kelantan (LPPKN) dan kaunter perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sumbangan kepada golongan mualaf juga dihulurkan.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut