TANGKAPAN JENAYAH KOMERSIL: IPD BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BARAT DAYA, 12 APRIL 2022 – Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya telah menahan seorang (1) lelaki berusia 40-an dan seorang (1) wanita berusia
20-an kerana disyaki terlibat dengan sindiket penipuan dalam urusan penerimaan barang dan jual beli barang secara atas talian.

Tangkapan pertama dibuat di DPearl Hotel Sungai Nibong, Bayan Lepas Pulau Pinang. Berdasarkan laporan yang diterima, pengadu mengalami kerugian sebanyak RM1,600 setelah membuat (3) kali pemindahan wang. Pengadu diperdaya dengan sindiket penipuan dalam urusan penerimaan barang dari kawan yang dikenali melalui aplikasi Instagram.

Tangkapan kedua pula dibuat di tepi Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas Pulau Pinang. Berdasarkan laporan yang diterima, pengadu telah membuat (3) kali pemindahan wang secara online dan (5) kali pemindahan wang melalui mesin CDM berjumlah RM8,100 untuk pembelian seekor burung jenis Hyacinth Macaw melalui aplikasi Facebook.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber:

Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut