WP LABUAN – Polis Daerah Labuan giat melakukan operasi dan rondaan berkaitan keselematan. Op samseng jalanan telah dijalankan oleh PDRM Labuan di kawasan Jalan Lajau, Pohon Batu. Operasi dijalankan bagi membanteras aktiviti-aktiviti samseng yang berlaku di sekitar kawasan tersebut. PDRM Labuan mengingatkan masyarakat agar sentiasa memerhati dan mengawal aktiviti anak-anak di bawah jagaan mereka yang sering keluar hingga lewat malam. Diingatkan juga untuk tidak membenarkan anak-anak menunggang motosikal tanpa lesen yang sah. Mereka berkata lagi bahawa individu yang terlibat dalam aktiviti merempit boleh terjebak dalam aktiviti jenayah seperti mencuri serta menagih dadah. Sayangilah nyawa kita dan orang di sekeliling kerana perbuatan kita mampu membawa kesan kepada orang lain.


SUMBER: PDRM LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan