MTMD PAHANG: EMPAT KERTAS PERTIMBANGAN DILULUSKAN

KUANTAN, 12 APRIL 2022 – Sebanyak empat kertas pertimbangan termasuk dua daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diluluskan dan lima kertas makluman dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Pahang Bilangan 1 tahun 2022 di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan, Pahang hari ini. Dua kertas pertimbangan yang dikemukakan oleh pihak AADK adalah melibatkan Program Penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi Penagihan Dadah Tahun 2022 dan Program Sukarelawan AADK.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bertujuan memantau dan memastikan penyelarasan dasar, pelan tindakan, strategi dan program membanteras dadah melibatkan semua agensi dan organisasi di peringkat daerah dan negeri. Selain itu, menerusi MTMD isu penyalahgunaan dadah, substan dan pelencongan sosial serta tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan turut dibincangkan bagi menangani permasalahan dadah.

Hadir menyertai MTMD Peringkat Negeri Pahang Bilangan 1 tahun 2022 ialah Pengerusi Perpaduan, Kebajikan Masyarakat dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin dan Pengarah AADK Negeri Pahang, Puan Zirwatul Ahlam Zamzam serta ketua-ketua jabatan berkaitan.

Sumber: Laman FB Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut