AADK LABUAN KENAL PASTI TIGA ZON KAWASAN BERISIKO TINGGI PENYALAHGUNAAN DADAH

WP LABUAN – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Labuan mengenal pasti tiga zon sebagai kawasan berisiko tinggi (KBT) terbabit penyalahgunaan dadah. Justeru kawasan Zon 1 disasarkan untuk pelaksanaan pemutihan menerusi Program Penghijauan KBT.

Ketua Pegawai AADK Labuan, Abd Ghani Keruput berkata, program berkenaan telah dilaksanakan sejak tahun lepas di seluruh negara. Lokasi yang dikenalpasti juga berdasarkan angka penagih dadah yang berdaftar di agensi berkenaan.

Lebih 300 Orang Kena Pantau (OKP) direkodkan sehingga kini dan sepanjang tempoh 3 tahun sejak 2020, kes tangkapan berkaitan penyalahgunaan dadah telah menunjukkan penurunan. Kerjasama pelbagai juga dituntut bagi menjayakan objektif program tersebut.

SUMBER: RTM LABUAN

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut