OP LEJANG MUTIARA: TANGKAPAN SUSPEK KES CURI KENDERAAN LAMA

YDH DCP Dato’ Fisol bin Salleh, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri sidang media Jabatan Siasatan Jenayah “?? ?????? ??????? – ????????? ?????? ??? ???? ????????? ????” di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada 11 April 2022.

Menerusi siding media tersebut dimaklumkan bahawa, pada 02 April 2022, (2) anggota URB Balai Polis Hi-tech, Kulim, Kedah telah membuat tangkapan ke atas (2) lelaki warga tempatan di susur keluar Kubang Semang – KM 11.8 Lebuhraya BKE – Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan merampas sebuah M/Lori curi yang digunakan semasa tangkapan dilakukan.

Ekoran daripada tangkapan tersebut, pada 07 April 2022, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang telah berjaya menahan (5) lelaki warga tempatan di sekitar daerah Kuala Muda, Kedah dan pada 08 April 2022, (2) lelaki warga tempatan berjaya ditahan oleh pihak polis di sekitar daerah Baling, Kedah yang menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditahan adalah seramai (9) orang.

Modus operandi kumpulan ini adalah mencuri kenderaan lama dengan cara menggunakan peralatan ‘Master Key’ dan kenderaan curi akan diberikan kepada ahli kumpulan yang bekerja sebagai Mekanik untuk dileraikan serta dicanaikan nombor casis. Kesemua individu yang ditahan berusia antara 31 hingga 40 tahun yang kesemuanya berasal dari Kedah. Kebanyakan mereka juga bekerja sebagai Mekanik membaiki kenderaan.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine. Semakan rekod jenayah yang dijalankan pula mendapati kesemua individu tersebut mempunyai antara 2 hingga 12 rekod dadah dan jenayah lampau. Pihak polis juga telah berjaya membuat rampasan terhadap barang-barang seperti berikut :

– 3 buah M/Lori

– 3 buah M/Kar

– 5 buah M/Sikal

– 1 buah Enjin M/Kar yang dilaporkan hilang

– 7 unit telefon bimbit pelbagai jenama

– 6 rangkai kunci pelbagai jenis kenderaan

– 2 pucuk pistol tiruan

– 1 pasang gari besi bersama anak kunci

 

Hasil daripada penahanan ini, pihak polis percaya telah berjaya menyelesaikan (18) kes curi kenderaan lama di mana (13) kes berlaku di sekitar Pulau Pinang dan selainnya (5) kes di Kontinjen lain iaitu Kedah dan Perak.

Kes disiasat mengikut seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaan motor jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh boleh sampai (7) tahun dan hendaklah juga dikenakan denda.

Sumber:

Laman Facebook PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut