WP LABUAN – Pemeriksaan bekalan dan harga ayam dan telur ayam serta ops pantau telah dijalankan oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP WP Labuan di sekitar bandar dan luar bandar WP Labuan pada 8 April 2022 yang melibatkan beberapa buah premis perniagaan.
KPDNHEP juga merupakan salah satu agensi yang terlibat secara langsung bagi memantau perlaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Justeru, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP akan terus pro-aktif dalam menjalankan tugas mengikut SOP yang telah ditetapkan. Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak membuat pembelian panik dan berbelanja secara berhemah.


SUMBER: KPDNHEP WP LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan