KOTA BHARU – Rakyat Kelantan digesa untuk terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat berjemaah dan solat sunat tarawih di masjid serta madrasah di seluruh negeri ini.
SOP ini penting dalam usaha membendung penularan jangkitan Covid-19. Ketidakpatuhan terhadap SOP berkenaan dibimbangi boleh menyebabkan berlakunya semula peningkatan kes jangkitan Covid-19 selepas negara beralih ke fasa endemik 1 April lalu.