KESTABILAN POLITIK TONGGAK UTAMA MERANCAKKAN EKONOMI NEGARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Nexus Ekonomi – Keselamatan)

Kestabilan politik di Malaysia pada masa kini telah memberikan kelancaran buat kerajaan dalam menfokuskan kepada usaha memulihkan kembali ekonomi negara terutama dalam menarik pelaburan baharu.

Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Makan Malam Keluarga Malaysia di UAE pada 30 Mac 2022 menekankan bahawa kepentingan kestabilan politik amat penting untuk ekonomi negara berkembang dan unjuran terbaru menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka berkembang antara 5.5 hingga 6.5 peratus pada tahun 2022, berbanding penguncupan sebanyak 5.6 peratus pada 2020.

Pelaburan Langsung Asing (FDI) menunjukkan peningkatan lebih RM50 bilion pada 2021 berbanding RM14.6 bilion pada tahun 2020. Disamping itu, kadar pengangguran juga berjaya dikurangkan bagi tahun 2021 dan manakala bagi tahun 2022, kerajaan menyasarkan untuk menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 600,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di Malaysia.

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

26 VAN SEKOLAH TANPA PERMIT DIKESAN DI NEGERI SEMBILAN

Segelintir pengusaha kenderaan sekolah dikesan menjalankan operasi tanpa permit sah, termasuk mengubah suai van persendirian menjadi van sekolah, sekali gus …
Maklumat Lanjut

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

 Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni Tema rasmi #HKHM2025 menzahirkan tekad kerajaan untuk mendahulukan rakyat   Berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan & keadilan  Seimbang …
Maklumat Lanjut

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

DBOOK PENERANGAN | TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=tema-logo-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2025 #DbookPenerangan #HKHM2025 #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #TaatSetia …
Maklumat Lanjut