MAJLIS PERHIMPUNAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Hubungan Persekutuan-Negeri)

PULAU PINANG, 29 MAC 2022 – Satu Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Bersama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah diadakan di Grand Ballroom, Paras 5, The TOP pada hari ini. Majlis yang menghimpunkan penjawat awam negeri dan persekutuan ini diadakan untuk kali kedua bagi tahun 2022.

Majlis telah dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, ADUN, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Anggota Perkhidmatan Awam di Negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri dalam ucapan beliau mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa menunjukkan contoh yang baik dan meninggalkan segala tingkah laku buruk yang boleh menjejaskan imej pentadbiran. Penjawat awam turut diseru agar terus fokus, membulatkan azam dan terus bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan penuh dedikasi agar lebih banyak kejayaaan dapat dinikmati oleh Negeri Pulau Pinang. Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Berpuasa kepada semua penjawat awam yang beragama Islam.

Selain daripada Amanat oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, turut diadakan pada majlis perhimpunan kali ini ialah bacaan Ikrar Bebas Rasuah dan penyerahan surat kenaikan pangkat.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut