SEORANG LELAKI TEMPATAN DITAHAN BERSAMA 180 LITER MINYAK PETROL DISYAKI CUBAAN DISELUDUP BERJAYA DIPATAHKAN

 

TUMPAT : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menerima serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am Batalion 9 disini hari ini.
Serahan melibatkan anggaran sejumlah 6 tong jerikin minyak petrol anggaran kuantiti 180 liter disyaki dalam cubaan untuk diseludup ke negara jiran bersama sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 378.00.
Turut ditahan pemandu kenderaan tersebut, seorang lelaki melayu berumur 20an merupakan warganegara tempatan dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan tersebut adalah sebanyak RM 25, 378.00.
Kes dihasilkan melalui perkongsian maklumat risikan antara kerjasama bersepadu KPDNHEP bersama PGA Batalion 9 semasa sekatan jalan raya di Pos Pulau Ular Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan dan seterusnya siasatan lanjut dijalankan serta kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara sentiasa dijalankan dari masa ke semasa.
Pengguna boleh menyalurkan aduan sekiranya mengesyaki aktiviti yang mencurigakan dan tindakan yang tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang akan diambil.

Artikel/Berita Terkini

π—£π—˜π—Ÿπ—”π—•π—¨π—₯𝗔𝗑 π—§π—œπ——π—”π—ž π—ͺ𝗨𝗝𝗨𝗗

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pelaburan Tidak …
Maklumat Lanjut

CUBAAN SELUDUP KOSMETIK BERNILAI RM153,872 GAGAL

RAMPAS: Semua barangan kosmetik yang dirampas dan kedua-dua suspek dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut. SEMPORNA:Β Cubaan menyeludup …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN PERSEKUTUAN TERUS JAMIN HAK BERAGAMA: EWON

MERIAH: Ewon (tengah) disambut mesra semasa tiba di majlis berkenaan. RANAU: Kerajaan Persekutuan akan terus menjamin hak beragama di negara …
Maklumat Lanjut