PROGRAM BUAL BICARA TANAH ADAT LINGKUNGAN

   

Program keilmuan ini telah diadakan di Galeri Seri Menanti Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah.

Turut hadir Y.Bhg Dato’ Seri Amar Diraja Nor Azmi bin Hashim, Orang Empat Istana dan Y.Bhg Drs. Shamsuddin bin Ahmad, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Penceramah ialah Y.Bhg Tuan Haji Sulaiman bin Kadimi mantan Ketua Penolong Pengarah Tanah, Unit Pembahagian Pusaka Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Sembilan manakala moderator pula ialah Y.Bhg Dato’ Sutan Bentara Haji Zainal Abidin bin Dato’ Haji Mohd Taib dan Y.Bhg Dato’ Andika Haji Nor Azli bin Awaludin, Apit Lempang Orang Empat Istana.

Program ini dihadiri oleh seramai 45 orang yang terdiri daripada dato’-dato’ lembaga dan ibu-ibu soko Adat Lingkungan.

Tujuan utama program ini diadakan ialah untuk memberikan kefahaman kepada pemimpin Adat Lingkungan mengenai pengurusan dan membincangkan permasalahan berhubung pewarisan Tanah Adat Lingkungan.

Program Bual Bicara Tanah Adat Lingkungan adalah merupakan antara program keilmuan utama Adat Lingkungan di bawah dana memperkasakan Adat Perpatih Kerajaan Negeri Sembilan.

Keilmuan adalah antara teras utama yang terdapat dalam Adat Perpatih selain daripada kepimpinan, persempadanan, olek, seni dan budaya serta lain-lain lagi.

Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan YAB Menteri Besar yang telah menyalurkan dana khusus kepada Adat Lingkungan dan luak-luak beradat untuk menjalankan pelbagai program bagi memperkasakan Adat Perpatih.

Sumber : FB Muzium Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

AHLI PERNIAGAAN 30-AN RUGI HAMPIR RM1 JUTA

Seorang ahli perniagaan dalam bidang perkakasan mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas dipercayai ditipu sindiket tawaran perniagaan dalam talian yang …
Maklumat Lanjut

6 PELATIH PUSPEN JELEBU LARIKAN DIRI, SEORANG DITANGKAP SEMULA PAGI TADI

Polis mengesahkan seorang daripada enam pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu yang melarikan diri dari pusat berkenaan semalam, berjaya …
Maklumat Lanjut

LAGI KES KEMALANGAN DISEBABKAN LANGGAR LAMPU ISYARAT MERAH DI SENAWANG

Selepas sebulan, berlaku lagi kemalangan disebabkan melanggar lampu isyarat merah di Matahari Height di Senawang di sini Isnin lalu. Video …
Maklumat Lanjut