TUMPAT : Sepasukan pegawai penguatkuasa dari KPDNHEP Kelantan telah menjalankan serbuan ke atas sebuah premis di Chabang Empat, Tumpat, Kelantan disini hari ini.
Pasukan mengesyaki pemegang lesen barang kawalan tersebut telah melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memindahkan, menyimpan dan mengalihkan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan.
Sitaan telah dilakukan melibatkan anggaran 850 kilogram minyak masak paket 1kg bersubsidi dan anggaran 480 kilogram gula pasir yang dianggarkan bernilai RM3635.00 keseluruhannya dan seterusnya siasatan lanjut dijalankan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDNHEP Kelantan sentiasa komited memantau dan menjalankan pemeriksaan serta mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP.
SUMBER : KPDNHEP KELANTAN