TANGKAPAN DADAH OLEH IPD BARAT DAYA PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BARAT DAYA, 23 Mac 2022 – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Barat Daya, Balai Polis Bayan Baru dan Balai Polis Batu Maung masing-masing mengadakan serbuan dan telah menahan enam (6) lelaki berusia 20’an hingga 50’an.

BSJND Barat Daya telah menahan seorang lelaki di Kampung Bukit, Bayan Lepas dan telah menemui lebih kurang 18 gram disyaki heroin dan 0.5 gram disyaki syabu. Ujian saringan awal pihak polis mendapati suspek positif dadah jenis MOP/METH/AMP.

Balai Polis Bayan Baru pula telah mengadakan serbuan dan telah menahan empat (4) orang lelaki di sebuah bilik hotel di Solok Mayang Pasir, Bayan Baru. Di situ, pihak polis telah menemui lebih kurang 14.09 gram disyaki heroin, 3.08 gram ganja dan alatan untuk menghisap dadah. Ujian saringan awal polis juga mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis AMP/METH.

Seorang lagi lelaki telah ditahan oleh Balai Polis Batu Maung di Permatang Damar Laut kerana disyaki penagih dadah. Ujian saringan awal polis turut mendapati suspek positif dadah jenis AMP/METH/THC.

Kes disiasat di bawah Sek 39B , Sek 39A(1), Sek 12(3), Sek 15(1)(a) dan Sek 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Sumber:

Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut