WP LABUAN – YBhg. Dato’ Sri Hj, Amir bin Hj. Hussien, Pengerusi PL telah merasmikan simbolik naik taraf titian kayu yang disumbangkan kepada Pn. Saniah Abd Rahman di kampung Patau-patau 2, pada minggu lepas. Program tanggungjawab Sosial Korporat ini adalah program strategik bersama Megah Port Management Sdn.Bhd selaras dengan konsep menjaga kebajikan masyarakat.
Pengerusi juga memohon kepada syarikat-syarikat korporat yang lain turut tampil kehadapan berkerjasama dengan agensi kerajaan berkongsi tanggungjawab sosial ini untuk disalurkan kepada yang memerlukan. Turut hadir sama Pegawai Pengurusan Megah Port Management, Chi On Keong dan En.Rosdi bin Maidin, Ketua Kampung Patau-patau 2.


Sumber: PERBADANAN LABUAN
#OurCityOurHome
#KeluargaMalaysia