WP LABUAN – Jabatan Penerangan Labuan meraikan sambutan Hari Seniman Negara peringkat Labuan di salah sebuah hotel malam tadi.
Hari Seniman Negara terdahulu disambut pada 29 Mei dan diubah sambutan itu pada 22 Mac sempena ulangtahun kelahiran Allahyarham Seniman Negara Tan Sri P. Ramlee.
Di Labuan, sambutan dilaksanakan secara sederhana dengan majlis penghargaan penyampaian sijil kepada penggiat-penggiat seni yang ada di pulau ini.
Antaranya, Persatuan Seni Visual Labuan (LaVISTA), Persatuan Labuan In Picture dan kumpulan muzik Parigi Band.


Sumber: BES Labuan
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan