PENGARAH PENGURUSAN SAMPAIKAN P.J.P.N. KEPADA 193 WARGA DAN PESARA POLIS NEGERI SEMBILAN

   

Seremban, 21 Mac 2022 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass hari ini menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) kepada 193 Pegawai, Anggota dan Pesara Polis Kontinjen Negeri Sembilan.
Istiadat penganugerahan yang diadakan di Klana Resort, di sini sebagai menghargai segala jasa bakti yang dicurahkan para penerima termasuk mereka yang pernah berkhidmat semasa era darurat dan insurgensi komunis.

Turut sama dalam istiadat tersebut ialah Ketua Polis (KP) Negeri Sembilan, DCP Dato’ Mohamad Mat Yusop, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Ruslan Khalid, Timbalan KP Negeri Sembilan, SAC Dato’ Che Zakaria Othman, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Mohd Sukri Kaman, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Bukit Aman, SAC Mohd Soaihami Rahim, Pengerusi Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Negeri Sembilan, Dato’ Zazali Hashim dan para pegawai kanan serta anggota polis.

   

 

Sumber : FB Polis Diraja Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut