LAWATAN RASMI YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB PERDANA MENTERI MALAYSIA KE REPUBLIK SOSIALIS VIETNAM, 20 – 22 MAC 2022

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Keselamatan Geo-Strategik ASEAN)

Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri telah mengadakan lawatan rasmi ke Republik Sosialis Vietnam pada 20-22 Mac 2022. Hasil lawatan tersebut, Malaysia dan Vietnam telah bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama pasca COVID-19. Kedua-dua pihak turut berpuas hati dengan pelaksanaan Pelan Tindakan Perkongsian Strategik Malaysia-Vietnam 2021 – 2025.  Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri dan TYT Phạm Minh Chính, Perdana Menteri Vietnam juga membincangkan tentang jaminan bekalan makanan; penyatuan & pemusatan ASEAN; Laut China Selatan; Myanmar; dan impak perang di Ukraine. Kedua-dua Perdana Menteri turut menyaksikan pertukaran MoU mengenai Aktiviti Kerjasama Undang-Undang; dan Pengambilan, Penggajian & Penghantaran Pulang Pekerja. Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri dan rakan sejawatannya dari Vietnam, TYT Bùi Thanh Sơn juga menandatangani Surat Niat (LoI) mengenai Kerjasama dalam Latihan Diplomatik. Malaysia dan Vietnam akan turut menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik pada 2023.

Sumber: Facebook Wisma Putra.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut