KERAJAAN KOMITED KEKALKAN 42 PERATUS KELUASAN HSK

 

MACHANG – Sehingga kini keluasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Negeri Kelantan adalah 629,880.95 hektar iaitu bersamaan dengan 42 peratus daripada keluasan negeri.
Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Ahmad Yakob memaklumkan bahawa walaupun Kelantan memiliki 42 peratus kawasan HSK, tidak dinafikan usaha pengeluaran hasil di kawasan yang boleh diusaha hasil dilakukan kerana jika pokok-pokok tersebut tidak dikeluarkan, ia akan tetap rosak ataupun berlubang.
Dalam pada itu, kawasan yang diusaha hasil tersebut tidaklah termasuk dengan hutan perlindungan, hutan pelajaran, hutan dara dan hutan tadahan air.
Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah menyatakan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan akan terus komited dalam melaksanakan pengurusan hutan secara berkekalan dengan memberi penekanan kepada keseimbangan aspek pemeliharaan serta pemuliharaan hutan dan fungsinya dalam pembangunan sosiekonomi.
Sementara itu, tema sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan tahun ini adalah “Hutan Untuk Kesejahteraan Malaysia” (Forests For Community Livelihood).

Artikel/Berita Terkini

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut

JIM MELAKA TAHAN 170 PATI DI DUA TAPAK PEMBINAAN

Batu Berendam – Sebanyak 170 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka di …
Maklumat Lanjut