NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL

Keadilan sosial adalah teras penting dalam memastikan keselamatan negara. Perlindungan hak asasi manusia bagi setiap rakyat Malaysia adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang–undang antarabangsa yang dianggotai (dengan reservasi) oleh Malaysia. Semua rakyat Malaysia termasuk dari golongan minoriti hendaklah sentiasa dilindungi dan tiada mana–mana pihak akan dipinggirkan. Nilai teras ini mestilah dipertahankan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dengan mengambil kira taraf kemajuan sosioekonomi kaum–kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar–dasar kerajaan dan peruntukan–peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya akan terus dilaksanakan. Walau bagaimanapun, prinsip keadilan sosial ini bukanlah landasan bagi mana–mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan sehingga mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.
Sesungguhnya, faktor keselamatan merupakan salah satu tonggak yang penting dan menjadi asas kepada kejayaan kita dalam mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan negara.
βKeselamatan Negara Tanggungjawab Bersamaβ