KUALA LUMPUR, 16 MAC 2022 – YDH ACP Beh Eng Lai, Ketua Polis Daerah Sentul telah hadir Program Gaya Hidup Sihat Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul “ Larian 5 Km” di Taman Tasik Metropolitan, Kepong Kuala Lumpur.
Program ini dijalankan, bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga IPD Sentul dengan menganjurkan program larian santai 5 kilometer. Disamping itu, program ini juga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara warga IPD Sentul.
Turut hadir, YDH Supt. Heisham bin Harun, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis IPD Sentul. Program bermula jam 7.15 pagi dan telah berakhir dengan jayanya.
SUMBER: FB POLIS SENTUL https://www.facebook.com/POLIS-Sentul-335617303825435/