DKN 2021-2025: NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5 (KEUTUHAN EKONOMI)

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI

Keutuhan ekonomi bermaksud negara mempunyai ekonomi yang mampan serta berdaya tahan terhadap ancaman-ancaman berkaitan ekonomi dari dalam dan luar negara. Ekonomi yang tidak kukuh akan menjejaskan kestabilan negara akibat kemiskinan, pengangguran dan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat.

Keutuhan ekonomi juga melibatkan penyertaan, pemilikan, penglibatan dan penguasaan rakyat Malaysia dalam memastikan kelangsungan ekonomi negara ini. Selain itu, pengukuhan ekonomi dan penambahbaikan keadaan sosial adalah faktor penyumbang kepada pengukuhan tahap keselamatan negara dan kepincangannya berpotensi mengancam keselamatan negara.

Pra-syarat kepada kemakmuran adalah keadaan keamanan yang stabil dan bebas dari ancaman yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara. Keseimbangan pembangunan sektor keselamatan dan pertahanan harus seiring dengan pembangunan sektor ekonomi dan sektor-sektor lain. Justeru komitmen di dalam memastikan kemampanan ekonomi negara harus sentiasa dikaitkan dengan jaminan keselamatan negara dapat dijamin untuk kemakmuran setiap pihak.

Sesungguhnya, faktor keselamatan merupakan salah satu tonggak yang penting dan menjadi asas kepada kejayaan kita dalam mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan negara.

“Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”

Artikel/Berita Terkini

AHLI PERNIAGAAN 30-AN RUGI HAMPIR RM1 JUTA

Seorang ahli perniagaan dalam bidang perkakasan mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas dipercayai ditipu sindiket tawaran perniagaan dalam talian yang …
Maklumat Lanjut

6 PELATIH PUSPEN JELEBU LARIKAN DIRI, SEORANG DITANGKAP SEMULA PAGI TADI

Polis mengesahkan seorang daripada enam pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu yang melarikan diri dari pusat berkenaan semalam, berjaya …
Maklumat Lanjut

LAGI KES KEMALANGAN DISEBABKAN LANGGAR LAMPU ISYARAT MERAH DI SENAWANG

Selepas sebulan, berlaku lagi kemalangan disebabkan melanggar lampu isyarat merah di Matahari Height di Senawang di sini Isnin lalu. Video …
Maklumat Lanjut