???????? ????????? ?????????? ?????? ?? ?????? ???? ???????? ?????? ??????

HULU TERENGGANU, 17 MAC 2022 –   Pasa pemulihan banjir di Hulu Terengganu masih giat dilaksanakan terutamanya menumpukan  infrastruktur awam dan keidaman penduduk. Sehingga kini, keadaan di kawasan yang terjejas dilihat sudah hampir 95% dibersihkan oleh pelbagai jabatan/agensi/NGO dan orang ramai.
Bagi jalan utama ke Empangan Kenyir pula, kerja-kerja pembersihan jalan serta pembinaan jambatan sementara giat dijalankan bagi menghubungkan laluan utama ke stesen jana elektrik tersebut. Jambatan sementara – Compact Bailey 200 (CB200) yang menghubungkan ke Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kg Jenagor, Hulu Terengganu siap sepenuhnya pada 14 Mac 2022 dengan bantuan dari pihak Tentera Darat Malaysia dan kerajaan tempatan.
Jambatan yang dipasang sepanjang 30 meter ini bertujuan menggantikan jambatan sedia ada yang telah runtuh pada 27 Februari 2022 disebabkan tanah runtuh akibat hujan yang berterusan selama seminggu. Pemasangan jambatan ini amat penting bagi menghubungkan laluan keluar masuk pekerja
Tenaga Nasional Berhad (TNB) ke kawasan SSJM yang terputus hubungan dan terpaksa menggunakan bot sebagai alternatif.
Pemasangan jambatan di bawah Projek Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia ini telah bermula pada 12 Mac 2022 lalu di bawah koordinasi Markas Rejimen Askar Jurutera DiRaja (MK RAJD) 2 Divisyen yang melibatkan seramai 5 pegawai dan 64 anggota dari 7 Skn RAJD berpangkalan di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu dengan dibantu oleh 1 Skn RAJD dan 91 Rejimen Bantuan RAJD.
Seiring dengan Nilai Teras ke-7 di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, Pembangunan Mampan,  ia dilihat dapat membantu rakyat mendapatkan infrastruktur yag sempurna dan pembangunan yang selamat.Semoga usaha murni ini dapat memberikan manfaat kepada orang ramai serta dapat diteruskan ke kawasan lain yg memerlukan.

 

 

Artikel/Berita Terkini

26 VAN SEKOLAH TANPA PERMIT DIKESAN DI NEGERI SEMBILAN

Segelintir pengusaha kenderaan sekolah dikesan menjalankan operasi tanpa permit sah, termasuk mengubah suai van persendirian menjadi van sekolah, sekali gus …
Maklumat Lanjut

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

 Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni Tema rasmi #HKHM2025 menzahirkan tekad kerajaan untuk mendahulukan rakyat   Berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan & keadilan  Seimbang …
Maklumat Lanjut

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

DBOOK PENERANGAN | TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=tema-logo-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2025 #DbookPenerangan #HKHM2025 #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #TaatSetia …
Maklumat Lanjut