Rezeki buat 1,414 anak asnaf fakir dan miskin di jajahan Tumpat yang akan memulakan sesi persekolahan baharu nanti.
Alhamdulillah, pada Isnin lalu mereka menerima sumbangan Bantuan Persekolahan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Sumbangan telah diagihkan oleh YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Tumpat, merangkap Pengerusi Masjid Ismaili Bandar Tumpat menerusi 47 Imam Mukim yang diadakan secara ringkas di Masjid Ismaili Bandar Tumpat.
Bantuan bernilai RM150 melibatkan wang tunai bersama beg serta alat tulis itu akan diserahkan kepada 474 ketua isi rumah yang layak.
Imam Mukim masing-masing akan menyerahkan sumbangan berkenaan kepada anak mukim mereka mengikut kesesuaian semasa.
Terima kasih kepada para pembayar zakat yang telah menginfakkan harta mereka menerusi MAIK bagi meringankan beban golongan asnaf fakir dan miskin di negeri Kelantan.
Terima Kasih Para Pembayar Zakat, Anda Adalah Hero Asnaf!



Bayar Zakat, Harta Berkat!








SUMBER : MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN