13 MAC 2022, JOHOR BAHRU – Pada PRU Dewan Negeri Johor Ke-15, seramai 1,426,573 (54.92 peratus) orang pengundi daripada 2,597,742 orang pengundi telah keluar mengundi. Jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi. Sebanyak 1,021 Pusat mengundi dan 4,638 Saluran dibuka untuk pengundian dengan melibatkan seramai 49,290 orang petugas. Keputusan penuh PRU Dewan Negeri Johor Ke-15 adalah seperti berikut:
- Barisan Nasional (BN) – 40
- Pakatan Harapan (PH) – 11
- Perikatan Nasional (PN) – 3
- Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) – 1
- Parti Keadilan Rakyat (PKR) – 1
Proses pengundian di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berjalan lancar dan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Untuk keterangan lanjut berkenaan keputusan PRU Dewan negeri Johor Ke-15, layari portal spr.gov.my. Layari FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor bagi mendapatkan maklumat semasa.
Sumber:
Jabatan Penerangan Negeri Johor
Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru
Polis Johor
BERNAMA
Berikut adalah antara suasana Hari Mengundi PRU Dewan Negeri Johor Ke-15