OPS KESALAHAN TEKNIKAL KENDERAAN

 

Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Kelantan telah menjalankan Ops Khas pelbagai kesalahan teknikal kenderaan di Stesen Penguatkuasa JPJ Mentara Gua Musang, Kelantan.

Tujuan ops ini adalah bagi memastikan semua kenderaan perdagangan mematuhi peraturan serta kaedah-kaedah pembinaan dan penggunaan serta selamat digunakan di jalanraya.

Di antara kesalahan dikesan sepanjang ops ini diadakan ialah menggunakan tayar haus berlebihan, penggunaan cermin gelap tanpa mematuhi spesifikasi dibenarkan, ubahsuai lampu tanpa kebenaran dan mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Operasi ini akan diadakan secara berterusan serta tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya pemandu atau pemilik kenderaan barangan tidak mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa.

Artikel/Berita Terkini

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut