DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus sering menjadi tumpuan orang ramai sejak ianya dibuka. Lebuhraya tersebut menjadi tumpuan dan perhentian untuk menangkap gambar sehingga terpaksa dipantau oleh pihak berkuasa tempatan.
Namun begitu, masih terdapat individu yang tidak bertanggungjawab sehinggakan sampah yang terdiri daripada bungkusan air, puntung rokok, bekas makanan segera, tisu dan plastik bersepahan di atas lebuh raya tersebut.
Oleh yang demikian, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menjalankan beberapa operasi Anti Litter di Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.
Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan Majlis menasihatkan orang ramai yang berkunjung ke kawasan tersebut untuk bersama-sama menjaga kebersihan bagi memastikan keindahan lebuhraya itu tidak tercemar.
Sumber:
Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP