DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)
Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang akan melaksanakan KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK ISI RUMAH 2022 (HOUSEHOLD E-WASTE) seperti keteapan berikut:
TARIKH. : 19 – 20 Mac 2022
JAM. : 9.00 pagi – 3.00 petang
TEMPAT : Rumah Sisa
UiTM Cawangan Pulau Pinang
Kampus Bertam, Kepala Batas
Pulau Pinang.
Sebagai info tambahan, Di Malaysia, e-waste dikategorikan sebagai buangan terjadual dengan kod SW110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Penjanaan e-waste terbahagi kepada 2 jenis punca iaitu daripada sektor industri dan yang dihasilkan daripada isi rumah.
E-waste kini telah menjadi masalah di seluruh dunia. Semakin banyak barangan elektrik dan elektronik yang dihasilkan, semakin banyak juga e-waste yang perlu dibuang/diuruskan.
Jika E-waste dibuang tanpa menggunapakai kaedah yang mesra alam seperti buang ke dalam sungai, ke tapak pelupusan, membakar secara sesuka hati atau diberikan kepada pihak yang tidak sepatutnya, e-waste ini berupaya untuk membahayakan kehidupan, menjejaskan kesihatan kita dan menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar.
Oleh itu, untuk memastikan pelaksanaan sistem pengurusan e-waste yang lestari, pengguna/ penjana buangan (orang awam) adalah bertanggungjawab untuk melupuskan e-waste ke peruncit, pengumpul yang berdaftar atau kemudahan pemerolehan kembali yang dilesenkan sahaja.
Orang awam adalah disarankan untuk menghantar e-waste dari isi rumah ke mana-mana pusat pengumpulan yang berdaftar atau kemudahan pemerolehan kembali yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Sumber:
Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar
Laman Web Rasmi Jabatan Alam Sekitar