POLIS MARIN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP ARAK DI LABUAN

WP LABUAN, 11 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya menggagalkan cubaan seludup arak dari Labuan ke Tanah Besar di di perairan Mempakul, Sabah, pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Labuan, Asistan Superintenden Saidul Maruf Rosli berkata, pasukannya telah mengesan sebuah bot mencurigakan ketika membuat pemantauan di perairan tersebut.

“Ketika cuba menghampiri, bot berkenaan memecut laju ke kawasan cetek di persisir pantai Mempakul,

“Pemandu tersebut gagal dikesan dan berjaya melarikan diri ke kawasan paya bakau berhampiran,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan mendapati beberapa bungkusan plastik hitam dipercayai minuman keras yang cuba diseludup dari Labuan ke Tanah Besar, Sabah.

“Kesemua minuman keras serta sebuah bot dan 2 buah enjin bot telah dirampas dan nilai keseluruhan dianggarkan RM36,605.63 serta kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967,”

– AirTimes –

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut