KIT RTK KENDIRI LEBIH MURAH DI BAWAH HARGA SILING AKAN DIPASARKAN

SERI NEGERI 11 Mac – Menyediakan peralatan ujian saringan COVID-19 ditawarkan bawah harga siling antara inisitiaf dicadangkan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat Melaka mendapat perkhidmatan kesihatan berkualiti dan terbaik.

EXCO Kesihatan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, perkara itu akan dijayakan kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bioteknologi Melaka (MBC).

“Insyallah untuk RTK ini kita ada perancangan untuk memasarkannya dan sekiranya telah mempunyai kelulusan lebih kurang seminggu ini kita akan pasarkan di bawah harga siling.

“Bagi memperkasa taraf kesihatan rakyat dalam manifesto 100 hari kerajaan negeri perkhidmatan ujian RT-PCR dikelolakan MBC diberi potongan sebanyak 10 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pencapaian 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Dan Pelancaran Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) versi 2 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.

Sumber: Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut