HARI KE-2: KERJA-KERJA PEMBERSIHAN SISA BUANGAN TERJADUAL YANG DILUPUSKAN SECARA HARAM DITERUSKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Kerja-kerja pembersihan dan pembungkusan sisa buangan terjadual yang dilupuskan secara haram di kawasan sawah padi diteruskan untuk hari kedua IAITU 10 mAC 2022.
Pegawai-pegawai dari Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) juga turut mengunjungi kawasan kejadian. Seterusnya, satu perbincangan antara JJabatan Alam Sekitar (JAS) dan MBSP telah diadakan di lapangan. Penguatkuasa MBSP daripada Bahagian Kesihatan Persekitaran, Bahagian Perbandaran, Bahagian Kejuruteraan serta Bahagian Perancangan Bandar kemudiannya menerangkan tindakan yang boleh diambil oleh Bahagian masing-masing terhadap isu pelupusan haram buangan serta kerja tanah/tambakan tanah tanpa kebenaran. JAS mencadangkan supaya satu mesyuarat berkala diadakan sehingga semua tindakan perundangan keatas pihak-pihak yang terlibat selesai.
Unit pengawasan JAS turut menjalankan pengawasan kualiti udara menggunakan CEREX bagi mendapat data kualiti udara di kawasan tersebut.
Sumber:

Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut