????? ????? ???? ?????????? ????????? ??? ?? ??????? ????????

   

DOF telah menerima aduan dari orang awam bernama Encik Rizal yang tertangkap seekor ikan Alligator Gar semasa memancing di sebuah lombong tinggal di Kampung Lambar, Labu, Seremban.

Hasil pemantauan DOF mendapati ikan asing yang beranggaran berat 3kg tersebut masih bernyawa namun dalam keadaan lemah. Ikan tersebut kemudiannya diambil dan dihantar ke FRI Glami Lemi untuk dibuat kajian.

Kenapa Alligator Gar perlu dihapuskan dengan segera? Spesies ini merupakan salah satu ikan asing invasif yang amat berbahaya dan termasuk dalam senarai larangan import ke Malaysia selain peacock bass, bawal merah, pacu, salmon, trout, arapaima, silver dollar, red claw, sturgeon, flower horn, dragon fish, dan northern pike. Kesemua ikan ini berupaya memusnah, merosak dan mengubah sesuatu ekosistem yang dicerobohinya. Sesetengah spesies ini juga menjadi pemangsa hingga menyebabkan ikan asli tempatan habis ditelannya

Justeru, DOF menyeru orang ramai yang tertangkap atau terjumpa ikan-ikan ini tidak menyimpannya atau tidak dilepaskan semula ke perairan umum. Seelok-eloknya ikan ini terus dilupuskan demi menjaga sumber ikan-ikan asli yang terdapat di perairan Malaysia.

Sumber : FB Pejabat Perikanan Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut